Leftenan (Tentera British dan Marin)

Leftenan
Lieutenant

Tanda pangkat
Tentera Darat
Tanda pangkat
Marin Diraja
Negara
United Kingdom
Cabang perkhidmatan Bendera Tentera Darat United Kingdom Tentera Darat Britain
Marin Diraja
Kumpulan pangkat Pegawai muda
Singkatan Lt
Persamaan
NATO
OF-1
Pangkat tinggi seterusnya

Kapten

Pangkat rendah seterusnya

Leftenan Kedua

Persamaan pangkat tentera laut Leftenan Madya (RN)
Persamaan pangkat tentera udara Pegawai Pesawat (RAF)

Leftenan (Lieutenant) (UK: /lɛfˈtɛnənt/) ialah pangkat pegawai muda dalam Tentera Darat British dan Marin Diraja. Ia berkedudukan atas Leftenan Kedua dan berada dibawah Kapten dan mempunyai kod pangkat NATO OF-1 dan merupakan pangkat subaltern yang senior. Tidak seperti sesetengah angkatan tentera lain yang menggunakan nama Leftenan Pertama, pangkat British hanyalah dipanggil leftenan, dengan tanpa sebarang nombor. Pangkat ini setara dengan Pegawai Pesawat dalam Royal Air Force (RAF). Walaupun dahulunya dianggap senior kepada leftenan madya Royal Navy (RN), pangkat leftenan dan leftenan madya Tentera Darat British dan Royal Navy kini dianggap mempunyai status yang setara. Pangkat leftenan Tentera Darat adalah sentiasa lebih rendah daripada pangkat leftenan Tentera Laut. Tanda pangkat bahu bagi leftenan ialah dua bintang "Bath" berbucu empat atau 2 paku sebaris dan ditambah singkatan RM bagi pasukan Royal Marines.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search